Minda adalah daya berfikir seseorang mengenai sesuatu perkara. Ia berkait rapat dengan otak sel yang menerima sesuatu ransangan dan melepaskan kepada semua badan. Secara teorinya, bagi menguatkan minda ketika belajar perlu kepada caranya tersendiri. Antara cara-caranya ialah:

1. Amalan Pemakanan

Amalkan pemakanan yang mempunyai protein, karbohidrat dan vitamin. Tujuannya dapat meningkatkan daya tumpuan dan ingatan terutama kepada pelajar. Contoh pemakanan yang baik seperti susu, buah, sayur-sayuran dan sebagainya.

2. Catat Isi Penting

Pastikan isi penting di catat dalam sesuatu topik yang dipelajari. Ini sangat penting untuk membantu pelajar dari sikap lupa dan ketinggalan dalam topik yang terlibat.

3. Banyakkan pengulangan

Pengulangan sesuatu pelajaran perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Bagi yang mempunyai minda yang sederhana dan lemah, cara ini sangat sesuai digunakan untuk membantu tahap kemampuan seseorang.

4. Rehat Mencukupi

Penggunaan tenaga otak yang banyak menyebabkan keletihan kepada tubuh seseorang. Justeru itu, rehat yang mencukupi perlu untuk menampung kembali kepenatan akal berfikir. Antaranya adalah tidur yang cukup, hilangkan tekanan dengan menonton TV dan sebagainya.

5. Tanam Sifat Ingin Tahu

Sifat rajin berusaha perlu ditanam dalam diri untuk menjaga minda kestabilan. Minda yang lemah akan menjadi kuat sekiranya sifat ini disemai. Kebiasaannya minda mudah mengingati sesuatu perkara walaupun di luar kemampuan akal.

6. Guna Kata Kunci (Kata Kunci)

Perkara yang berkaitan dengan hafalan perlu kepada kata kunci. Teknik ini sentiasa digunakan termasuk yang bukan berstatus pelajar. Ia sangat penting untuk mengelakkan daripada maklumat penting seperti formula atau sebagainya.

7. Selesaikan Kebersihan diri

Ramai yang tidak tahu kekuatan minda berkait rapat dengan kebersihan diri. Keyakinan diri akan wujud sekiranya kebersihan terjaga. Kebersihan diri adalah salah satu faktor kepada minda intelektual.

8. Bersukan

Pastikan sentiasa mengamalkan riadah dalam kehidupan. Ini boleh membantu pengaliran darah dalam tubuh dan meningkatkan minda akal. Ia sangat penting bagi pelajar untuk mengekalkan momentum minda dan kesihatan yang berterusan.

Kesimpulannnya
Minda yang cerdas bergantung kepada kesehatan tubuh badan yang sihat. Oleh itu, cara-cara itu perlu diterapkan dalam rutin harian seseorang pelajar itu.