Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah ungkapan yang sering kita dengari dari zaman berzaman. Dalam pelajaran pembelajaran, persoalan selalu bermain difikiran kenapa perlu untuk belajar dari awal kanak-kanak hingga dewasa. Antara sebab kenapa perlu belajar ialah:

1.Menjamin Kebahagiaan Hidup.

Faktor genetik yang menjadi salah satu ke arah pembelajaran ini. Melalui faktor ini dapat mewujudkan seseorang bijak pandai dalam bidang pendidikan. Keadaan suasana juga menjadi faktor kepada jaminan masa depan. Ini menunjukkan bahawa suasana keadaan sekeliling faktor kepada kebahagiaan hidup.

2.Meningkatkan Daya Ingatan.

Pentingnya kekuatan ingatan boleh dicapai melalui pembelajaran. Secara tidak langsung dapat menjadikan minda yang kuat dan tangkas dalam sesuatu pemahaman dan penyelesaiannya. Kadar pertumbuhan fizikal yang sepadan dengan daya fikiran yang dimiliki. Jika keadaan tidak stabil, kekurangan di bahagian minda boleh berlaku. Akibatnya sesuatu penyakit akan dialami oleh seseorang itu seperti terencat akal atau sebagainya.

3.Peningkatan Daya Saing.

Persaingan yang banyak dalam ilmu pembelajaran menyebabkan berlaku proses persaingan. Proses ini tidak akan berhenti malah semakin meningkat kerana kemajuan dunia semakin meningkat. Arus perdana yang serba canggih perlu dipelajari dan bagi mengelakkan daripada kemunduran, persaingan dalam pembelajaran perlu dipenuhi dengan jayanya.

4.Belajar Dari Kesilapan.

Setiap perkara yang silap harus diperbetulkan melalui pengalaman. Sekiranya tidak melalui pembelajaran nescaya kesilapan yang sama sering terjadi. Pengalaman yang baik akan terus diperbaiki untuk menjadi lebih baik begitu pula dengan sebaliknya.

5.Pelaburan Masa Depan.

Bagi melahirkan masyarakat berkualiti adalah melalui pelaburan yang baik. Anak-anak perlu dididik dari awal hingga dewasa dengan ilmu pengetahuan. Proses ini adalah pelaburan bagi masa depan dalam melahirkan manusia yang berilmu pengetahuan sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

6.Mencapai Cita-Cita.

Melalui pembelajaran juga dapat tercapainya cita-cita yang dikehendaki. Usaha yang kuat perlu dibentuk dalam diri untuk mencapai sesuatu keinginan. Tidak akan ada sesuatu keinginan tanpa melalui pembelajaran. Kewujudan cita-cita ini berkait rapat dengan pembelajaran sama ada berkaitan dengan vokasional mahupun akademik.

Kesimpulannya.

Seseorang itu perlulah menyemai sikap suka belajar di dalam diri. Oleh itu, jadikanlah sikap suka belajar sebagai rutin dalam setiap kehidupan harian.