Baca nota sebelum tidur

Cara pertama anda boleh menaikkan prestasi ialah sebelum tidur anda perlu mencuba untuk membaca nota terlebih dahulu. Kajian ada menunjukkan bahawa otak manusia mengambil memori yang paling baru dan akan disimpan di dalam memori jangka panjang. Ini bermakna anda ada peluang yang baik untuk mengingat kembali nota yang anda baca sebelum tidur. Jika anda susah untuk membaca semua nota anda sebelum tidur, anda hanya perlu untuk baca nota-nota terakhir (setiap mata pelajaran) yang belajar di kelas. Amalan ini agak sukar dilakukan sekiranya pelajar terlampau penat. Namun, tidak salah untuk mencuba bukan?

Belajar terlebih dahulu sebelum masuk kelas

Ini adalah salah satu cara belajar yang bagus dan membantu anda untuk lebih cepat memahami sesuatu subjek. Ia juga akan membantu anda semasa menjawab samada quiz, test-test atau final. Untuk belajar secara advanced, anda perlu merancang jadual belajar terlebih dahulu. Salah satu kebaikan apabila anda merancang jadual belajar ialah anda tidak perlu belajar sampai lewat malam dan ia menghilangkan stress untuk memahami sesuatu subjek. Tidur anda juga mencukupi dan akan kekal bertenaga keesokan hari.

Jadi produktif semasa belajar

Apabila anda memulakan sesi pembelajaran, anda perlu memastikan yang anda menjadi produktif dengan masa anda. Anda perlu fokus dengan apa yang anda baca. Cuba untuk tidak bermain telefon pintar anda. Berdasarkan pengalaman belajar dahulu, saya & kawan-kawan meletakkan telefon kami di dalam satu bakul. Hanya selepas belajar, kami ambil kembali telefon kami. Itu membantu anda untuk kekal fokus semasa belajar.

Bangun awal dan buat rancangan

Saya tahu ia sedikit sukar untuk orang yang susah bangun pagi, tetapi cuba untuk bangun awal dalam 15 minit untuk melihat kembali rancangan anda untuk hari ini. Anda boleh senaraikan apa yang anda perlu lakukan, membaca nota, periksa emel dan lain lain. Bangun pagi dan buat rancangan akan membuatkan anda lebih bersedia untuk untuk menghadapi hari anda. Ia juga akan menjurus kepada belajar dan kelas yang efektif, seterusnya mempunyai prestasi yang lebih baik.

Baca nota secara kuat

Kajian ada membuktikan bahawa dengan membaca nota secara kuat akan membantu anda menguatkan ingatan kita. Oleh itu, nanti apabila anda belajar, cuba untuk membaca nota secara kuat. Tetapi jika anda tinggal bersama sama rakan, cuba cari masa yang sesuai untuk membaca secara kuat. Hormati rakan rakan anda.

Setiap orang ada cara belajar mereka sendiri. Oleh itu, pastikan anda belajar dengan menggunakan teknik-teknik yang sesuai.

Sumber: TheYoungHelpful